Kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan Lebuhraya_Utara-Selatan_Jajaran_Selatan

  • Pada 27 Mac 2008, sebuah keluarga Singapura yang terdiri daripada 4 orang telah terbunuh dalam sebuah kemalangan dekat Tangkak, Johor, meninggalkan seorang bayi yang berumur dua bulan.
  • Pada 2 Disember 2008 lebih kurang pada 03:15 pagi, seorang penunggang basikal Singapura yang sedang pulang dari Hat Yai, Thailand telah terbunuh selepas basikalnya berlanggar dengan sebuah lori yang terbalik dekat Simpang Ampat, Melaka.
  • Pada 7 Disember 2008, 10 penumpang telah terbunuh dalam kemalangan bas di Kilometer 146.8 di antara Tangkak dan Pagoh di Johor.
  • Pada 10 Oktober 2010, 12 orang telah terbunuh dan lebih daripada 50 yang lain cedera dalam sebuah kemalangan ngeri yang melibatkan dua bas, tiga buah kereta dan sebuah van di kilometer 223.2 di antara hentian rehat Pedas Linggi dan plaza tol Simpang Ampat, Melaka.